PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran terhadap Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya laman web Pejabat Daerah dan Tanah Tampin kini berwajah baru, berimej Era Digital. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Tampin ini dan berharap agar anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Tampin merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap fungsi Kerajaan secara amnya untuk menyampaikan maklumat yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan bagi memudahkan rakyat untuk berurusan mesra dengan PDTT.
Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap ‘teknologi komunikasi’ yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini, dan dapat mengenali PDTT dengan lebih dekat lagi.
Dengan terciptanya laman web ini, pihak PDTT mengalu-alukan sebarang komen bagi penambahbaikan semua pihak agar kami dapat mensejahterakan rakyat. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga PDTT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan penciptaan laman web rasmi ini.
Insha-Allah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.