Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin

faq
Hubungi Kami
maklum balas
PETA LAMAN PDTT


 
 
 
test7

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Fungsi-Fungsi Utama Unit Pentadbiran & Kewangan

  1. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah Tampin
  2. Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib
  3. Mengurus segala cuti, menyedia & memproses dokumen untuk persaraan Menyelaras kursus-kursus, seminar & bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja yang terkini
  4. Menyelaras penilaian prestasi tahunan dan Panel Pengurusan Sumber Manusia

Fungsi-Fungsi Utama Unit Teknologi Maklumat

  1.     Memberikan khidmat bantuan teknikal dalam teknologi maklumat & komunikasi kepada penjawat       awam.   
  2.     dan komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat Daerah Tampin.
  3.     Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan ICT dan sebagainya.
  4.     Membangunkan & mengemaskini laman web jabatan.
  5.     Menyediakan latihan untuk semua pegawai & kakitangan awam mengikut keperluan.

Fungsi-Fungsi Utama Unit Majlis & Keraian

-Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan negeri    dan persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung yang diurusetia oleh Bahagian Pembangunan -Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat daerah Tampin

Fungsi-Fungsi Utama Unit Keselamatan :

Membantu KPPD pengurusan sebagai Setiausaha Keselamatan Daerah dan Setiausaha Pengurusan dan bantuan bencana Daerah Tampin.


Bertindak sebagai Urusetia kepada :

>>Majlis Keselamatan Daerah

>>Jawatan kuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana

>>Jawatan kuasa Menangani Gejala Sosial

>>Jawatan kuasa Pendatang Tanpa Izin

>>Jawatan kuasa Hal Ehwal Pengguna

>>Jawatan kuasa Perpaduan

>>Jawatan kuasa Penyakit Berjangkit

    Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi-agensi berkaitan.

  1.     Menyediakan laporan pemantauan dan menilai impak pelaksanaan Dasar Kerajaan dan program        pembangunan untuk disampaikan kepada MKN.
  2.     Pengerusi Gerak Saraf Negara