BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Unit Pembangunan terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu :-
Pembangunan Sosial / Masyarakat
Fungsi-Fungsi Utama Pembangunan Masyarakat
- Perlantikan dan penamaan Ketua-Ketua kampung Tradisi.
- Perlantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua-Ketua Kampung Cina.
- Penyediaan Baucer Pembayaran Elaun Ketua-Ketua Kampung dan Elaun Mesyuarat Pengerusi JKKK. Merancang Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat (Daerah).
- Menguruskan Program Bantuan Pelaburan Kepada Penduduk Termiskin melalui Skim ASB/ASW.
- Merancang dan melaksana Program Minda Insan di kalangan Penduduk Termiskin.
- Merancang dan mengurus perlaksanaan Program Latihan Kepimpinan Masyarakat Setempat.
- Merancang dan melaksana Program IKS.
- Menyelenggara aktiviti Pertubuhan Sukarela peringkat daerah. 11.S/U Jawatankuasa Acara Keagamaan Daerah.
Pembangunan Fizikal
Fungsi-Fungsi Utama Pembangunan Fizikal
- Meneruskan pemulihan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat.
- Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan bagi sektor infrastuktur dan pertanian di daerah Tampin. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang telah siap untuk pembayaran.
- Menyelaras dan mengawasi projek persekutuan, negeri dan swasta.
- Mengurus, menyedia dan memperakui aspek kerja dan pelan-pelan kejuruteraan awam.
- Merancang dan menyelaras perancangan pembangunan fizikal daerah.
- Menganggotai mesyuarat Perancangan Infarstuktur PBT dan JPBD.
- Menyelaras dan mengawasi Perancangan Pembangunan Tempatan bersama PBT.
- Menyelaras pembangunan agensi-agensi pusat di Peringkat Daerah.
- Menyemak permohonan tukar syarat tanah supaya bersesuaian dengan Rancangan Pembangunan Tempatan.
- Memantau pelaksanaan projek kemajuan persekutuan di daerah melalui SPPII
- Kerja-Kerja di bawah Pembangunan Sosial merangkumi aspek seperti berikut :
- Pertanian Hal Ehwal Pengguna Pelajaran Perindustrian Wanita & Keluarga Belia & Sukan Masyarakat & Kebudayaan Luar Bandar SPKR (PPRT) Koperasi Tenaga/Air/Telekom Sains & Inovasi Kerja Raya Ehwal Islam Keselamatan
Kerja-Kerja di bawah Pembangunan Fizikal merangkumi aspek seperti berikut :
Pembinaan dan pembaikan kemudahan awam spt. balai raya, rumah-rumah PPRT, jalan-jalan kampung, jambatan, sistem perparitan dan sebagainya. Rancangan kesihatan umum. Menyediakan bantuan-bantuan kecil apabila diperlukan. Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.