Kami berjanji akan memberikan khidmat dan nasihat secara profesional dalam melaksanakan dasar serta peraturan Pentadbiran Daerah dan Tanah Tampin dengan sentiasa mengalu-alukan pelanggan, memberikan senyuman, mendengar dan memberi layanan mesra merangkumi fungsi-fungsi berikut:
-
Mengurus pentadbiran peringkat daerah serta meningkatkan imej dan memantapkan hubungan korporat Pejabat Daerah Tampin;
-
Memastikan organisasi sentiasa mengurus hal-hal perkhidmatan, struktur organisasi dan perjawatan yang sesuai supaya dapat berfungsi di tahap optima.
-
Memastikan organisasi dapat membangunkan daerah sekurang-kurangnya 80% daripada keperluan pentadbiran daerah.
-
Memastikan pengurusan permohonan dan pelupusan tanah diperingkat daerah dapat memuaskan hati pelanggan.
-
Menguruskan permohonan pendaftaran hakmilik dan pindah milik tanah peringkat daerah.
-
Menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah dan pasir diperingkat daerah.
-
Memastikan pembangunan daerah diselaraskan secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
-
Memastikan keadaan keselamatan dan kesejahteraan daerah sentiasa di bawah tahap optima.
-
Merancang, membangun dan menyelenggara keperluan pembangunan serta kesejahteraan penduduk-penduduk daerah Pejabat Daerah Tampin selaras dengan peraturan sedia ada.
-
Memberi perkhidmatan sokongan dan bertanggungjawab terhadap majlis-majlis rasmi dan perayaan diperingkat daerah dan negeri serta persekutuan yang diadakan di daerah Tampin.
-
Memastikan segala program kerajaan dapat dilaksanakan di semua agensi Kerajaan diperingkat daerah.