Pejabat Daerah Tampin ditubuhkan pada 1 April 1938 dan diketuai pada masa itu oleh Tuan L.C Samson Grey, selaku Pegawai Daerah. Nama Tampin berasal dari bekas makanan yang dibuat dari daun mengkuang biasanya diisi dengan dodol (kelamai - sebutan Negeri Sembilan)
Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan agensi utama di peringkat daerah dan merangkumi kawasan seluas 339 batu persegi atau bersamaan 87,868.82 hektar. Ia meliputi tiga(3) bandar iaitu Bandar Tampin, Bandar Gemencheh dan Bandar Gemas. Secara perbandingan dari daerah lain di Negeri Sembilan, Tampin merupakan daerah yang kedua besarnya di antara tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pejabat Daerah dan Tanah Tampin merupakan pusat Pentadbiran daerah di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertanggungjawab mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan social dan pengurusan hartanah di seluruh Daerah Tampin. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:-
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pentadbiran dan Kewangan
Unit Majlis dan Keraian
Unit Keselamatan
Unit Teknologi Maklumat
Bahagian Pembangunan
Unit Pembangunan Fizikal
Unit Pembangunan Masyarakat
Bahagian Pengurusan Tanah
Unit Pendaftaran
Unit Hasil
Unit Pembangunan Tanah
Unit Teknikal dan Penguatkuasaan
Unit Pelupusan