MAKLUMAN PERTUKARAN PEGAWAI DAERAH TAMPIN DAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Adalah dimaklumkan bahawa Pegawai Daerah Tampin iaitu Puan Suhaiza binti Sharudin akan memulakan tugas di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya mulai 22 Ogos 2022 (Isnin). Di kesempatan ini, beliau merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan / Puan di atas segala kerjasama serta sokongan sepanjang beliau berkhidmat di daerah Tampin ini.

Beliau juga menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala kekurangan, kekhilafan serta keterlanjuran kata sepanjang beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Tampin. Semoga kerjasama erat di kalangan Jabatan / Agensi di daerah Tampin ini dapat dikekalkan agar amanah yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian Terima Kasih.

 

 

 

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc                               iconfbiconmobileiconpolliconrss