6 Mei 2021, Khamis:- Pejabat Daerah dan Tanah Tampin telah mengadakan Taklimat Penukaran Status Tanah Pajakan Kepada Selama-Lamanya Untuk Tanah Status Bangunan Kediaman di Daerah Tampin di Dewan Bandaran Tampin. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Daing Muhamad Rahimi bin Abdul Hamid (Timbalan Pentadbir Tanah). Taklimat ini turut dihadiri oleh YB Dato' Hasan Baharom Ahli Parlimen Tampin, YB. Veerapan A/L Superamaniam ADUN Repah, Ahli Majlis Tampin Mr Hew Wei Meng dan pemilik-pemilik tanah di 3 kawasan di Tampin iaitu Taman Tampin Jaya, Tampin Jaya dan Taman Repah Baru. Diharapkan dengan adanya sesi taklimat ini, pemilik tanah mendapat gambaran yang jelas mengenai proses permohonan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil sebelum dan selepas permohon diluluskan. Taklimat seterusnya akan diadakan pada masa yang terdekat di Dun Gemencheh.

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc                               iconfbiconmobileiconpolliconrss