Kursus Piagam Pelanggan Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin Penetapan Sasaran Kerja Tahunan Dan KPI Jabatan Tahun 2021-2022 bersama Pejabat Daerah Kecil Dan Tanah Gemas telah berjaya dilaksanakan pada 18hb - 20 Mac 2021 di Kelana Beach Resort Port Dickson. Kursus Piagam Pelanggan dibawah bimbingan dan tunjuk ajar bersama penceramah iaitu En. Rijalul Fiqri bin Mustafa dari JHEAINS dan En. Zahar bin Sapar dari Instun manakala Kursus SKT dan KPI pula dibawah bimbingan Tn. Syamsul Nizam Bin Mohd Razali, Timbalan Pengarah, Sektor Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, JPA. Majlis penutup kursus dirasmikan oleh Puan Suhaiza binti Sharudin, Pegawai Daerah Tampin.