Tampin, 12 Januari 2021 - Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin Tahun 2021 bertempat di Pakir Kompleks Pentadbiran Daerah Tampin telah dilaksanakan pada, 12 Januari 2021 Selasa jam 8.30 Pagi. Pegawai Daerah, Pn. Suhaiza binti Sharudin turut menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2021 kepada semua kakitangan agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh cekap dan integriti dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Pn. Pegawai Daerah turut mengingatkan agar sentiasa patuhi prosedur operasi (SOP) dalam kita bersama-sama menurunkan penularan wabak COVID-19. Pn. Pegawai Daerah, turut menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulan September hingga Disember 2020 kepada kakitangan yang bertuah.
Perhimpunan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama dengan Pn. Pegawai Daerah Tampin.

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc                               iconfbiconmobileiconpolliconrss