Jumaat, 6hb Nov 2020 - Lawatan Khas Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Bt Sharudin bersama En Mohd Faizal Bin Mohd Yasin dari Majlis Daerah Tampin, MyBha Negeri Sembilan dan Jabatan Renjer Hutan Tampin - Gemencheh serta wakil Jabatan Kerja Raya. Lawatan adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penghujung Banjaran Titiwangsa di Hutan Simpan Tampin dan menjadikannya salah satu produk pelancongan dalam Daerah Tampin, selain itu membuat tinjauan di sekitar kawasan rekreasi Hutan Simpan Tampin dan Bukit Tampin. Turut hadir adalah Penolong Pentadbir Tanah Pn Hazwani Binti Ahmad bersama pegawai-pegawai daripada pentadbiran Daerah Tampin.

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc