Berikutan terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang dikesan pada 21.10.2020 iaitu di Mukim Gemas dan Mukim Keru, beberapa tindakan segera di bawah Program Pengurangan Risiko Daerah bagi mencegah penularan dan memutuskan rantaian kes COVID-19 dalam Daerah Tampin telah diambil seperti berikut :

 

                                 i.            Lapan (8) individu yang positif COVID-19 telah dihantar ke Hospital Rembau dan Hospital Tunku Jaafar untuk diberi rawatan;

                               ii.             SMK Tunku Besar Tampin mulai 22-28 Oktober 2020 melalui arahan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 21.10.2020.

                             iii.             Proses sanitasi oleh pihak Bomba Daerah Tampin dan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin

(a) di Masjid dan Surau Kg. Keru pada 22.10.2020 jam 10.00 pagi

(b) di SMK Tunku Besar Tampin pada 23.10.2020 jam 10.00 pagi

                             iv.            Proses saringan di Pejabat Kesihatan Daerah Tampin bagi kontek rapat pesakit pada 22.10.2020 mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

 

Sehubungan dengan itu, semua penduduk dalam Daerah Tampin diminta untuk

- terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan,

- memastikan penjarakkan fizikal khususnya di tempat awam

- menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga masing-masing

 

Bagi mereka yang telah menerima perintah arahan pengawasan kuarantin di rumah hendaklah terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa sepanjang tempoh kuarantin tersebut

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tampin

21 Oktober 2020

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc