1. |
Apakah itu " Cukai Tanah"? |
|
- Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
- Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan
- Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965.
|
|
|
2. |
Bilakah Cukai Tanah sesuatu tahun itu perlu dibayar?
|
|
- Cukai tanah perlu dibayar sebelum 1hb Jun tiap-tiap tahun.
|
|
|
3 |
Apakah yang akan berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan? |
|
Denda lewat akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah
- Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.
|
|
|
4 |
Dimana saya boleh membayar cukai tanah? |
|
- Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian;
- Kaunter Pejabat Tanah Daerah;
- Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (MPS, MPN, MPPD dan semua Majlis Daerah)
- Kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan;
- Kaunter Majlis Agama Negeri Sembilan;
- Pejabat Pos di seluruh Negeri Sembilan; dan
- Online melalui laman web www.ns.gov.my/ptgns
|
|
|
5 |
Bagaimana bentuk bayaran cukai tanah boleh dibuat ? |
|
- Bayaran tunai dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
- Bayaran melalui wang pos dari orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
- Bayaran melalui bank draf dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
- Cek persendirian adalah dihadkan dari RM 150.00 sehingga RM 1500.00 sahaja;
- Bayaran dengan cara (b),(c),(d) dan (e) hendaklah dibayar atas nama penerima "Bendahari Negeri, Negeri Sembilan"
|
|
|
6 |
Bagaimana untuk mendapatkan bil cukai tanah? |
|
- Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat-pejabat tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan tanah memaklumkan alamat terkini tempat tinggal.
- Jika bil cukai tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan Pejabat Tanah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
|
|
|
7 |
Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah? |
|
- Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda;
- Alamat yang diberikan tidak lengkap.
|
|
|
8 |
Bolehkan saya membayar cukai tanah secara ansuran? |
|
- Tidak boleh. Ansuran hanya dibenarkan kepada cukai tanah yang tertunggak sahaja dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah dimana tanah tersebut terletak melalui Borang PTGNS. BAC.
|
|
|
9 |
Mengapa cukai tanah saya terlalu tinggi berbanding dengan jiran sebelah rumah saya? |
|
- Jika perkara berikut berlaku, anda dinasihatkan menghubungi Pejabat Tanah Daerah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk semakan bagi mengetahui status taraf hakmilik anda samada mukim, pekan atau bandar.
|
|
|
10 |
Kenapa cukai tahunan saya lebih yinggi dibandingkan dengan tahun sebelumnya? |
|
- Semakan cukai akan disemak setiap 10 tahun sekali;
- Status hakmilik anda telah dinaikkan taraf dari mukim ke pekan atau bandar.
|