Pejabat Daerah Tampin ditubuhkan pada 1 April 1938 dan diketuai pada masa itu oleh Tuan L.C Samson Grey, selaku Pegawai Daerah. Nama Tampin berasal dari bekas makanan yang dibuat dari daun mengkuang biasanya diisi dengan dodol (kelamai - sebutan Negeri Sembilan)

Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan agensi utama di peringkat daerah dan merangkumi   kawasan  seluas 339 batu persegi atau bersamaan 87,868.82 hektar. Ia meliputi tiga(3) bandar iaitu Bandar Tampin,  Bandar Gemencheh dan Bandar Gemas.  Secara perbandingan dari daerah lain di Negeri Sembilan,  Tampin merupakan daerah yang kedua besarnya di antara tujuh daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Pejabat Daerah dan Tanah Tampin merupakan pusat Pentadbiran daerah di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertanggungjawab mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan social dan pengurusan hartanah di seluruh Daerah Tampin. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:-

 

Bahagian Khidmat Pengurusan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Unit Majlis dan Keraian

Unit Keselamatan

Unit Teknologi Maklumat

 

Bahagian Pembangunan

Unit Pembangunan Fizikal

Unit Pembangunan Masyarakat

 

Bahagian Pengurusan Tanah

Unit Pendaftaran

Unit Hasil

Unit Pembangunan Tanah

Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

Unit Pelupusan

Suara Anda

Adakah perlu diwujudkan kaunter kutipan hasil di lokasi lain selain di PDT TAMPIN?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
 

1malaysiabpajpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc