LAWATAN KE PENTADBIRAN TANAH NEGERI PERAK PADA 23 DAN 24 NOVEMBER 2017

 

24 Nov 2017 - Lawatan oleh seramai 12 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Tampin adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan sistem Command Center bagi penguatkuasaan pentadbiran tanah negeri Perak.

Secara umumnya, bidang penguatkuasaan pentadbiran tanah negeri Perak yang meliputi Seksyen 129, 425 dan 426 Kanun Tanah Negara telah banyak mencapai kemajuan namun masih lagi terpalit dengan isu-isu kerugian pendapatan kerajaan negeri akibat daripada kecurian dan penipuan dalam pengeluaran pasir dan mineral. Ini diburukkan lagi dengan penglibatan kumpulan jenayah terancang yang sengaja menceburkan diri dalam bidang pengeluaran pasir dan mineral atas dasar money laundering.

Atas sebab itu, PTG Perak telah mengambil inisiatif untuk menyusun semula kaedah-kaedah penguatkuasaan dengan mewujudkan sistem Command Center yang diilhamkan daripada pengurusan pihak tentera apabila menjalankan operasi. PTG Perak mengembeling seluruh anggota penguatkuasaan negeri Perak dengan mengadakan rondaan, risikan di laluan-laluan berisiko serta kerjasama secara NBOS dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain. Di samping itu, aset-aset seperti kandang sita, kenderaan berat, kenderaan peronda dan juga peralatan dron turut menyumbang kepada keberkesanan penguatkuasaan. Anggota penguatkuasa juga turut diberikan pakaian seragam lengkap dengan pangkat serta diberi latihan lasak di bawah Angkatan Tentera Malaysia sebagai anggota sukarela.

PTG Perak sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem e-doket yang berkonsepkan prepaid dengan menggunapakai segala kemudahan teknologi ICT yang terkini. Oleh yang demikian ia dapat menjimatkan kos pencetakan buku doket tradisional dan hanya menggunapakai slip perjalanan yang telah disertakan dengan kod QR yang boleh diimbas dengan penggunakan telefon pintar.

Akhir sekali yang terkini adalah penggunaan teknologi dron yang bertujuan bukan hanya untuk mengambil gambar pandangan udara tetapi ia turut digunakan untuk tujuan pemetaan. Imej yang diambil akan disurih ke dalam paparan Google Earth bagi memudahkan kajian dan siasatan tapak.

Penulis berpendapat bahawa tiba masanya kita mencontohi apa sahaja usaha-usaha positif yang dilakukan oleh pentadbiran tanah negeri Perak demi meningkatkan mutu perkhidmatan pentadbiran tanah Negeri Sembilan secara am dan pentadbiran tanah daerah Tampin secara khususnya.

Suara Anda

Adakah perlu diwujudkan kaunter kutipan hasil di lokasi lain selain di PDT TAMPIN?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Vina Tags Popular

Januari 2018
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31
tiada acara

1malaysiabpajpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc