UNIT TANAH

1. OBJEKTIF UNIT PELUPUSAN TANAH:

* Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Tanah * Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah secara hakmilik tetap, lesen pendudukan sementara (LPS) * Memproses Permohonan baru dan pembaharuan LPS * Memproses Permohonan Perizaban Tanah * Memproses Permohonan Skim-Skim Perumahan dan Industri * Memproses Permohonan kebenaran melepas sekatan kepentingan.

2. OBJEKTIF UNIT PEMBANGUNAN TANAH

* Memproses Permohonan Tukar Syarat Tanah dan Pecah Sempadan Tanah * Memproses Permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula * Memproses Permohonan Pecah Bahagian Tanah * Memproses Permohonan Penyatuan Tanah 

3. OBJEKTIF UNIT PENGUATKUASAAN

* Menjalankan Siasatan ke Atas Pencerobohan Tanah Kerajaan * Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 426 (KTN) iaitu pengeluaran serta pemindahan bahan batuan dan tanah merah tanpa permit yang sah. * Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 425 (KTN) iaitu Penerokaan Tanah Kerajaan, Tanah Rezab dan Tanah perlombongan yang diusahakan secara tidak sah. * Menjalankan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 125 iaitu Pelanggaran Syarat terhadap penggunaan tanah.

4. OBJEKTIF UNIT TEKNIKAL

* Menjalankan Siasatan dan penyediaan laporan tanah * Menyediakan hakmilik dan permohonan ukur ke jabatan ukur * Mengemaskini semua rekod-rekod awal bagi mengenal pasti status tanah sama ada tanah milik. tanah rezab, tanah kerajaan dan lain-lain. * Menempatkan pemohon dan peserta di bawah rancangan tanah * Mengawal dan mencegah kegiatan pencerobohan tanah-tanah kerajaan. * Permohonan Tanah (Pentadbiran) * Pembangunan Dan Pelupusan Tanah  * Teknikal * Penguatkuasaan 


UNIT PENDAFTARAN

OBJEKTIF UNIT PENDAFTARAN

* Mendaftarkan semua suratan urusniaga dan bukan urusniaga dalam masa yang singkat. * Memastikan penurunan tunggakan ke tahap maksimum. * Memastikan peraturan-peraturan dan kehendak Kanun Tanah Negara dipatuhi terutama di dalam pengawalan dokumen dan buku hakmilik di dalam Bilik Kebal.

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN OLEH UNIT PENDAFTARAN

1. Pendaftaran Urusniaga Tanah

- Pendaftaran Pindahmilik biasa - ( Borang 14A ) - Pendaftaran Pindahmilik dari Perintah Jual - ( Borang 16I  ) - Pendaftaran Gadaian - ( Borang 16A ) - Pendaftaran Melepas Gadaian - ( Borang 16N )

2. Pendaftaran Bukan Urusniaga

o Pendaftaran Pindahmilik akibat kematian o Pendaftaran Masuk Kaveat o Pendaftaran Lepas Kaveat o Pendaftaran Pemegang Amanah o Pendaftaran Pembatalan Pemegang Amanah o Pendaftaran Suratkuasa Wakil (PA) o Pendaftaran Grant of Probate o Pendaftaran Deed of Trust o Permohonan geran gantian (hilang/koyak) o Pendaftaran hakmilik baru o Pendaftaran hakmilik sambungan


UNIT HASIL

OBJEKTIF UNIT HASIL

* Untuk mempertingkat kutipan hasil cukai tanah semasa ke peringkat maksimum * Mengurangkan tunggakan hasil sehingga ke peringkat yang paling minimum * Mewujudkan rekod-rekod yang dikemaskini dan sistem perakaunan yang tepat serta berkesan

Operasi Unit Hasil

1.Perkhidmatan Kaunter Hasil

* Kutipan Hasil Tanah * Cukai Tanah * Tunggakan cukai tanah * Lesen pendudukan sementara * Bayaran premium pemberimilikan * Bayaran premium tukar syarat * Bayaran pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga * Bayaran ukur, batu sempadan dan pelan * Permit bahan batuan * Harta Pesaka Kecil * Bayaran Infrastruktur * Bayaran deposit * Bayaran tahunan disatukan (CAC) : * Rancangan Tanah Pinggir - FELDA - FELCRA

2. Memproses permohonan pengurangan cukai tanah kerana tanam semula 3. Mengeluarkan pelbagai penyata kutipan cukai 4. Semakan cukai tanah semasa

Pentadbiran Unit Hasil

* Penyelenggaraan Rekod Perakaunan Hasil Tanah * Menyelenggara dan membuat kemasukan data sistem SPEKS * Menguruskan Tindakan Perampasan Tanah Kerana Tidak Membayar Cukai * Menguruskan Permohonan Bayaran Ansuran Cukai Tanah * Menyelenggara dan menghantar laporan bulanan kutipan hasil setiap bulan kepada Bendahari Negeri * Memantau pemilik-pemilik tanah yang gagal menjelaskan cukai tanah dan mengeluarkan Borang 6A dan 8A.(KTN) * Menerima dan menyelesaikan aduan atau masalah berkaitan unit hasil.