Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTHM yang turut diwakili oleh Saudari Areffah selaku Exco MANIS.
Majlis itu turut diimarahkan dengan bacaan Al-Quran dan bacaan tersebut akan diteruskan berdasarkan kumpulan tadarus yang telah ditetapkan bagi menyempurnakan 30 juzuk penuh.

Wakaf Al-Quran ini bermatlamat untuk menarik lebih ramai peserta menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2017.