SEREMBAN: Persatuan Pengusaha Restoran dan Pemasak Negeri Sembilan menerima peruntukan sebanyak RM10,000 daripada Kerajaan Negeri sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempromosikan negeri ini di persada antarabangsa.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Tuan Teo Kok Seong berkata, persatuan itu telah berjaya mengetengahkan Negeri Sembilan di pentas global menerusi Cabaran Masakan Antarabangsa Negeri Sembilan Malaysia 2019 (NSGCCM 1).

Menurutnya, pertandingan berkonsepkan seni kulinari yang cukup berprestij itu telah berlangsung selama dua hari bermula semalam di NSK Trade City, Oakland, di sini."Kerajaan amat meyokong program ini (kerana) dapat menarik perhatian antarabangsa, di mana orang dari luar negara datang ke Negeri Sembilan untuk mengambil bahagian (dalam) pertandingan ini.

"(Antara) peserta luar negara (yang terlibat) seperti dari China; Taiwan; Korea (Selatan); Singapura; Australia; Macau dan Swiss (Switzerland)," katanya.

Selain golongan chef, katanya, pertandingan bertaraf antarabangsa itu juga mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

"Saya harap pihak penganjur dapat teruskan (program berkenaan) memandangkan ini  satu usaha yang murni sebab mampu bawa semua orang (pelancong) datang ke Negeri Sembilan.

"Bukan sahaja untuk orang tempatan, malah orang dari negeri lain (juga) datang. (Memang) satu impak yang sangat besar kepada Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada NS Daily selepas mewakili Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Harun bagi merasmikan program berkenaan di NSK Trade City di sini.

Sementara itu, Setiausaha Agung bagi jawatankuasa pertandingan itu, Edy Cha Choong Hon berkata, NSGCCM 1 menghimpunkan seramai 182 peserta tempatan dan antarabangsa.

"40 peratus peserta terdiri daripada chef luar negara. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu berpasukan dan individu," katanya.

 

Sumber: https://www.negerisembilan.org

Suara Anda

Adakah perlu diwujudkan kaunter kutipan hasil di lokasi lain selain di PDT TAMPIN?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
 
 

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc