ORANG AWAM

  Jadual Kaunter  
  Bayaran Online Cukai Tanah  
  Muat Turun Borang  
  Data Terbuka  
  Read More  
TAMPIN, SABTU,17 SEPTEMBER 2019: Sebanyak 136 unit rumah mampu milik bakal dibina di Gemas, bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Aminuddin Harun berkata, harga jualan bagi setiap unit berkenaan ditetapkan pada harga sekitar RM80,000. "Pemilihan kita (untuk pembeli yang layak) macam biasa, melalui Unit Perumahan. Jadi semua kena daftarlah. "Jenis rumah ditawarkan berbentuk teres dan keluasannya lebih kurang 850 kaki persegi. Insya-Allah, projek akan dibina pada tahun ini juga. "Kita ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Hert Fart (Sdn Bhd) untuk melabur di Gemas. Sebelum ini pun, mereka ada projek perumahan di sini," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Sempena Tahun Baharu Cina 2019 anjuran Pusat Khidmat Dun Gemas di Dewan Besar Gemas, di sini. Turut hadir adalah Adun Bahau, Tuan Teo Kok Seong; Adun Repah, Tuan S Veerapan dan Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharudin. Sumber : https://www.negerisembilan.org

Suara Anda

Adakah perlu diwujudkan kaunter kutipan hasil di lokasi lain selain di PDT TAMPIN?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Vina Tags Popular

Mei 2019
A I S R K J S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
tiada acara

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc