1.  Apakah itu " Cukai Tanah"?
 
  • Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
  • Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa  Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah  dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan
  • Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai  tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah seksyen 14 Kanun  Tanah Negara, 1965.
   
2.

Bilakah Cukai Tanah sesuatu tahun itu perlu dibayar?

 
  •  Cukai tanah perlu dibayar sebelum 1hb Jun tiap-tiap tahun.
   
 3  Apakah yang akan berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
   Denda lewat akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah
  • Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak  dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis  tersebut maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah  Negara akan diambil.
   
 4  Dimana saya boleh membayar cukai tanah?
   
  • Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian;
  • Kaunter Pejabat Tanah Daerah;
  • Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (MPS, MPN, MPPD dan semua Majlis Daerah)
  • Kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan;
  • Kaunter Majlis Agama Negeri Sembilan;
  • Pejabat Pos di seluruh Negeri Sembilan; dan
  • Online melalui laman web www.ns.gov.my/ptgns
   
5 Bagaimana bentuk bayaran cukai tanah boleh dibuat ?
 
  • Bayaran tunai dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Bayaran melalui wang pos dari orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Bayaran melalui bank draf dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Cek persendirian adalah dihadkan dari RM 150.00 sehingga RM 1500.00 sahaja;
  • Bayaran dengan cara (b),(c),(d) dan (e) hendaklah dibayar atas nama penerima "Bendahari Negeri, Negeri Sembilan"
   
6 Bagaimana untuk mendapatkan bil cukai tanah?
 
  • Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat-pejabat tanah kepada semua  pemilik tanah berdaftar, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan  tanah memaklumkan alamat terkini tempat tinggal.
  • Jika bil cukai tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan  Pejabat Tanah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
   
7 Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
 
  • Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda;
  • Alamat yang diberikan tidak lengkap.
   
 8  Bolehkan saya membayar cukai tanah secara ansuran?
   
  • Tidak boleh. Ansuran hanya dibenarkan kepada cukai tanah yang  tertunggak sahaja dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah  dimana tanah tersebut terletak melalui Borang PTGNS. BAC.
   
9 Mengapa cukai tanah saya terlalu tinggi berbanding dengan jiran sebelah rumah saya?
 
  • Jika perkara berikut berlaku, anda dinasihatkan menghubungi Pejabat  Tanah Daerah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk semakan bagi  mengetahui status taraf hakmilik anda samada mukim, pekan atau bandar.
   
10 Kenapa cukai tahunan saya lebih yinggi dibandingkan dengan tahun sebelumnya?
 
  • Semakan cukai akan disemak setiap 10 tahun sekali;
  • Status hakmilik anda telah dinaikkan taraf dari mukim ke pekan atau bandar.

 

Suara Anda

Adakah perlu diwujudkan kaunter kutipan hasil di lokasi lain selain di PDT TAMPIN?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:

Vina Tags Popular

November 2018
A I S R K J S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30
tiada acara

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc