BATU PAHAT – Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS) dan Kerajaan Negeri Sembilan telah menyerahkan sebanyak 670 naskhah Al-Quran kepada mahasiswa/i Negeri Sembilan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.

Majlis Penyerahan Al-Quran Wakaf itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTHM yang turut diwakili oleh Saudari Areffah selaku Exco MANIS.
Majlis itu turut diimarahkan dengan bacaan Al-Quran dan bacaan tersebut akan diteruskan berdasarkan kumpulan tadarus yang telah ditetapkan bagi menyempurnakan 30 juzuk penuh.

Wakaf Al-Quran ini bermatlamat untuk menarik lebih ramai peserta menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2017.

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc