MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN INTERNET, SISTEM / APLIKASI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, SISTEM RANGKAIAN SERTA PERKHIDMATAN NSGOVCLOUD DI BILIK SERVER, UPTM DISEBABKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM ELEKTRIKAL DI BANGUNAN WISMA NEGERI.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, Unit Pengurusan Bangunan & Aset, Pejabat SUKNS akan melaksanakan kerja-kerja selenggaraan sistem elektrikal di bangunan Wisma Negeri pada 20 sehingga 21 Ogos 2022. Oleh itu, aktiviti penutupan sementara perkhidmatan oleh pentadbiran ini akan dilaksanakan seperti berikut: -
3. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Kerjasama dan komitmen daripada pihak YAB. Dato' Seri/Y.B. Dato'/Y.B./Y.Bhg. Dato'/YBhg. Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH . MUAFAKAT . SEJAHTERA”
Unit Pengurusan Teknologi Maklumat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan