Berita

KAKITANGAN PDTT
WARGA AWAM
LELONGAN
SEBUT HARGA
PAJAKAN

KAKITANGAN PDTT

icon_speks iconkakitangan iconsistem 
iconhrmis iconloglatihan
      
     

WARGA AWAM

Permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama - lamanya di Daerah Tampin
Data Terbuka
Pertanyaan Cukai Tanah Melalui Bil Cukai Tanah
Pertanyaan Cukai melalui No.Kad Pengenalan
Maklum Balas Pelanggan
Pertanyaan Aduan & Maklum Balas 
Read More

 

LELONGAN

TIADA LELONGAN BUAT MASA INI

 

SEBUT HARGA

Keputusan Sebut Harga Tahun  2022

 

1.

Sebut Harga Pembangunan Tahun 2022
Tarikh Keputusan : 31 Mei 2022

 terkini Klik Disini  

 
     

 

 

Kenyataan Sebut Harga

Tarikh Akhir Kemaskini : 14 April 2022

Tajuk Lampiran
1

Keyataan Tawaran Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin terkini

 (Bahagian Pembangunan)

Tarikh Jualan Sebut Harga : 21 April  2022 (Khamis)

Tarikh Tutup : 28 April  2022 (Khamis) (Khamis) jam12.00 tengahari

Muat Turun

  

 

PAJAKAN

new2 PENGUMUMAN!!!

Dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 13 April 2022 telah mengambil keputusan bersetuju MELULUSKAN Pelaksanaan Kawasan Permohonan Penukaran Tempoh Pegangan Hakmilik Daripada Pajakan kepada selama - lamanya di Daerah Tampin bagi tanah - tanah yang berstatus kediaman dalam Taman Perumahan / Kawasan Perumahan / Rumah Rakyat. Di Daerah Tampin kawasan - kawasan yang terlibat dalam Fasa 3 adalah seperti berikut :

DUN Repah DUN Gemencheh
 1. Taman Sri Permai  1. Taman Muhibbah
 2. Taman Desa Permai  2. Taman Dato Taha
 3. Taman Sri Intan  3. Rumah Rakyat Gedok
 4. Taman Repah Baru  4. Rumah Rakyat Gedok 2 
 5. Taman Suria  5. Rumah Rakyat Gemencheh Tambahan 
 6. Taman Woon  6. Rumah Rakyat Gemencheh 2
 7. Taman Minang  7. Rumah Rakyat Batang Rokan 
 8. Rumah Rakyat Tampin Jaya  
 9. Rumah Rakyat Tampin 1 (Repah)  
 10. Rumah Rakyat Tampin 2 (Repah)  

 

 PRA SYARAT

  i)  Nombor kad pengenalan baru dalam hakmilik

  ii) Kategori hakmilik : Bangunan

      Syarat Nyata Hakmilik : Bangunan Kediaman

  iii) Pengundi berdaftar di Negeri Sembilan pada PRU ke - 14 pada 09 Mei 2018

Sehubungan itu, pemilik - pemilik di kawasan ini bolehlah membuat permohonan dengan memuat turun borang seperti berikut :

pdfBORANG_PERMOHONAN_LHFH

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh datang ke Pejabat Daerah dan Tanah Tampin atau menghubungi No. Tel : 06 - 4444030 / 444037 / 44018 untuk pertanyaan lanjut.

 
1.  Apakah itu " Cukai Tanah"?
 
  • Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;
  • Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa  Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah  dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan
  • Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai  tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah seksyen 14 Kanun  Tanah Negara, 1965.
   
2.

Bilakah Cukai Tanah sesuatu tahun itu perlu dibayar?

 
  •  Cukai tanah perlu dibayar sebelum 1hb Jun tiap-tiap tahun.
   
 3  Apakah yang akan berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan?
   Denda lewat akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah
  • Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak  dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis  tersebut maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah  Negara akan diambil.
   
 4  Dimana saya boleh membayar cukai tanah?
   
  • Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian;
  • Kaunter Pejabat Tanah Daerah;
  • Kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (MPS, MPN, MPPD dan semua Majlis Daerah)
  • Kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan;
  • Kaunter Majlis Agama Negeri Sembilan;
  • Pejabat Pos di seluruh Negeri Sembilan; dan
  • Online melalui laman web www.ns.gov.my/ptgns
   
5 Bagaimana bentuk bayaran cukai tanah boleh dibuat ?
 
  • Bayaran tunai dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Bayaran melalui wang pos dari orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Bayaran melalui bank draf dari kalangan orang persendirian atau syarikat tiada had amaun yang ditetapkan;
  • Cek persendirian adalah dihadkan dari RM 150.00 sehingga RM 1500.00 sahaja;
  • Bayaran dengan cara (b),(c),(d) dan (e) hendaklah dibayar atas nama penerima "Bendahari Negeri, Negeri Sembilan"
   
6 Bagaimana untuk mendapatkan bil cukai tanah?
 
  • Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat-pejabat tanah kepada semua  pemilik tanah berdaftar, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab tuan-tuan  tanah memaklumkan alamat terkini tempat tinggal.
  • Jika bil cukai tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan  Pejabat Tanah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Sembilan.
   
7 Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
 
  • Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda;
  • Alamat yang diberikan tidak lengkap.
   
 8  Bolehkan saya membayar cukai tanah secara ansuran?
   
  • Tidak boleh. Ansuran hanya dibenarkan kepada cukai tanah yang  tertunggak sahaja dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah Daerah  dimana tanah tersebut terletak melalui Borang PTGNS. BAC.
   
9 Mengapa cukai tanah saya terlalu tinggi berbanding dengan jiran sebelah rumah saya?
 
  • Jika perkara berikut berlaku, anda dinasihatkan menghubungi Pejabat  Tanah Daerah atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk semakan bagi  mengetahui status taraf hakmilik anda samada mukim, pekan atau bandar.
   
10 Kenapa cukai tahunan saya lebih yinggi dibandingkan dengan tahun sebelumnya?
 
  • Semakan cukai akan disemak setiap 10 tahun sekali;
  • Status hakmilik anda telah dinaikkan taraf dari mukim ke pekan atau bandar.

 

jpamalaysiasprmsprspa mampu myegmdecmsc                               iconfbiconmobileiconpolliconrss