PENGUMUMAN!!!
Dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 13 April 2022 telah mengambil keputusan bersetuju MELULUSKAN Pelaksanaan Kawasan Permohonan Penukaran Tempoh Pegangan Hakmilik Daripada Pajakan kepada selama - lamanya di Daerah Tampin bagi tanah - tanah yang berstatus kediaman dalam Taman Perumahan / Kawasan Perumahan / Rumah Rakyat. Di Daerah Tampin kawasan - kawasan yang terlibat dalam Fasa 3 adalah seperti berikut :
DUN Repah | DUN Gemencheh |
1. Taman Sri Permai | 1. Taman Muhibbah |
2. Taman Desa Permai | 2. Taman Dato Taha |
3. Taman Sri Intan | 3. Rumah Rakyat Gedok |
4. Taman Repah Baru | 4. Rumah Rakyat Gedok 2 |
5. Taman Suria | 5. Rumah Rakyat Gemencheh Tambahan |
6. Taman Woon | 6. Rumah Rakyat Gemencheh 2 |
7. Taman Minang | 7. Rumah Rakyat Batang Rokan |
8. Rumah Rakyat Tampin Jaya | |
9. Rumah Rakyat Tampin 1 (Repah) | |
10. Rumah Rakyat Tampin 2 (Repah) |
PRA SYARAT
i) Nombor kad pengenalan baru dalam hakmilik
ii) Kategori hakmilik : Bangunan
Syarat Nyata Hakmilik : Bangunan Kediaman
iii) Pengundi berdaftar di Negeri Sembilan pada PRU ke - 14 pada 09 Mei 2018
Sehubungan itu, pemilik - pemilik di kawasan ini bolehlah membuat permohonan dengan memuat turun borang seperti berikut :
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh datang ke Pejabat Daerah dan Tanah Tampin atau menghubungi No. Tel : 06 - 4444030 / 444037 / 44018 untuk pertanyaan lanjut.